Kerjaya Penjawat Awam Rita T. Jaafar

Rita T. Jaafar memulakan Kerjaya sebagai guru. Selepas berkhidmat lama sebagai tenaga pengajar di peringkat sekolah beliau kemudiannya ditempatkan di Maktab Perguruan Gaya , kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya bagi menjawat Jawatan sebagai Pemangku Pengetua Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1985 hingga 1986 . Selepas setahun memangku jawatan Pengetua Maktab Perguruan Gaya, beliau kemudianya dilantik sebagai Pengetua Maktab Perguruan Gaya[1] bermula dari tahun 1987 hingga 1990.

Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah bermula pada tahun 1990 hingga 2001[2]. Selepas 11 Tahun menjawat Jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendidikan (Bahagian Teknologi Pendidikan) Sabah beliau kemudian ditempatkan lagi di Maktab Perguruan Gaya bagi mengalas tugas sebagai Pengetua selama setahun bermula dari tahun 2001 hingga 2002. Sebelum diberi kepercayaan untuk mengalas Tugas sebagai Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Sabah bermula dari tahun 2003 hingga 2004[3].

Rujukan

WikiPedia: Rita T. Jaafar http://pusatsumberskkinabutan.blogspot.com/p/blog-... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://prezi.com/p/r9v0t1cstyhq/ppsj1132-task-3/ https://abunuha.wordpress.com/tag/maulidur-rasul-1... https://pspbtp.wordpress.com/2010/06/09/kualiti-pe... https://wwahpost.com/what/183/ https://www.yumpu.com/id/document/view/30476940/20... https://www.dailyexpress.com.my/read/4682/empoweri... https://www.thestar.com.my/news/community/2011/05/... https://www.istiadat.gov.my/wp-content/uploads/202...